

|
My Profile ![]() Soul! ![]() Credits! ![]()
| tanpa mereka siapalah kita ![]() >> Bila ayah kata dia rindu , kita jawab nantilah hujung minggu . >> Bila mak minta kita pulang , kita jawab kita belum lapang . >> Bila ayah minta kita singgah , kita jawab kerja kita belum selesai . >> Bila hati kita terguris , kita kata “ Mak memang tak pernah faham ”.
>> Bila hati kita terhiris , kita kata “ Ayah memang tak ambil kisah ”.
Tetapi ...................... >> Bila hati mak kita terguris , mak kata “ Tak apa , dia masih muda ”. >> Bila hati ayah kita terhiris , ayah kata “ Tak apa , belum sampai akalnya ”. >> Bila kita menagis tanda lapar , mak berlari bagai hilang kaki . >> Bila kita merintih tanda derita , ayah bersengkang mata bagaikan tiada lena . >> Bila kita sedih kerana gagal, mak setia membekalkan cekal . >> Bila kita pilu kerana kecewa , ayah teguh berkata dia tetap bangga . #Hargailah kedua-dua ibu bapa kita selagi mereka masih hidup di dunia ini . Anak yang soleh sentiasa mendoakan dan mengingatkan ibu bapanya . Sesungguhnya anugerah yang paling berharga di dunia ini adalah kedua-dua ibu bapa . TIDAKKAH ANDA RASAKAN SESUATU SELEPAS MEMBACA KATA-KATA INI ?
|